Tuesday, April 24, 2012
















FHA Singapore 2012 - Gedung Ilmu Pengetahuan

Pada 17-20 April yang lalu, 15 orang pensyarah dan pelajar IHYPJ telah berpeluang melawat Food and Hotel Asia 2012 Singapore Expo yang merupakan Ekspo Makanan dan Hospitaliti yang terbesar di Singapura dan antara yang terbesar di dunia. Di dalam ekspo ini, semua pihak yang terlibat di dalam industri ini termasuk penyedia makanan, pengeluar makanan, pramusaji dan tukang masak turut sama dikumpulkan di bawah satu bumbung. Melalui pemerhatian dan komunikasi dengan pihak yang mengadakan pameran, pensyarah dan pelajar dapat mempelajari pelbagai ilmu yang baru. Di samping itu, mereka juga berpeluang menyaksikan pertandingan kemahiran samada dalam bidang masakan dan sajian yang diwakili oleh peserta dari seluruh dunia. 

April 17 ​​to 20th, 15 lecturers and students have the opportunity to visit Food and Hotel Asia 2012 Singapore Expo, which is the Food and Hospitality Expo, the largest in Asia and one of the largest in the world. In this exhibition, all the parties involved in the industry including food providers, food producers, waiters and cooks are similar are grouped together under one roof. Through observation and communication with the exhibitor, lecturers and students learn a variety of new knowledge. In addition, they also get to see whether the skills competition in cooking and serving, represented by participants from around the world.

Thursday, April 19, 2012

Kursus Membuat Kek Tiramisu





Pada 28 dan 29 April 2012, Kolej Komuniti YPJ Johor Bahru akan menganjurkan kursus membuat kek Tiramisu. Kursus ini akan diadakan bermula 9:00 pagi sehingga 1:00 tengahari. Sijil penyertaan akan diberi manakala yuran pernyertaan adalah sebanyak RM60 sahaja. Tempat adalah terhad, sila hubungi Pn Shasha/Pn Ina di talian 07-2387144/013-9123512 untuk tempahan tempat atau pertanyaan.


On 28 and 29 April 2012, Community College Johor Bahru will organize a short course entitled Tiramisu Cake Preparation. This course will be held from 9:00 am until 1:00 pm. Certificates of participation will be given while the contestant fee is RM60 only. Places are limited, please contact Pn. Shasha /Pn Ina 07-2387144/013-9123512 for a reservation or inquiry.

Tuesday, April 17, 2012

Pesta Sukan Antara Staf KPYPJ Meriah











13-15 April 2012 - Seramai 355 orang staf KPYPJ telah terlibat dengan pesta sukan yang dikenali sebagai PESAS 2012. Pesta sukan ini dianjurkan bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan staff KPYPJ yang datang dari pelbagai unit dan daerah. Sebanyak 9 acara dipertandingkan antaranya futsal, bolajaring, badminton, ping pong, bowling dan sebagainya. Pengerusi jawatankuasa PESAS 2012, En Mohd Asmadi Hj Alias memaklumkan bahawa pesta ini memberi peluang kepada semua staff terutamanya yang baru dapat berkenalan dan beramah mesra dengan dengan Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ dan staf yang lain. Buat julung kalinya, pesta ini menyaksikan penglibatan secara langsung Ketua Eksekutif KPYPJ di dalam banyak acara sukan. Semasa majlis perasmian penutup, Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ telah memuji komitmen semua pihak terutamanya AJK dan juga peserta yang menyertai acara dan juga menghadirkan diri semasa acara sukan berjalan. Pasukan gabungan KPYPJ dengan Kolej Islam Johor telah ditabalkan sebagai juara dengan 42 markah. Naib johan pula disandang oleh Bahagian Kemahiran dengan mata sebanyak 40. Pesta sukan ini akan diteruskan di masa akan datang di mana Institut Teknologi Perindustrian telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi pesta tersebut tahun hadapan.


13 to 15 April 2012 - A total of 355 staff have been involved the sport festival known as PESAS 2012. This festival was organized to strengthen ties among KPYPJ staff from different units and regions. A total of nine events contested in this edition such as futsal, netball, badminton, table tennis, bowling and so on. 2012 PESAS committee chairman, Mr Asmadi Hj Mohd Alias ​​said that this festival provides an opportunity for all staff, particularly new ones to get to and mingle with the Chief Executive Officer and other KPYPJ staff. For the first time, the festival has seen the direct involvement KPYPJ Chief Executive in many contested games. During the closing ceremony, Chief Executive Officer KPYPJ has praised the commitment of all parties, including the committee members and participants to attend the event and participate in sporting events. KPYPJ and Johor Islamic College team was crowned as champions with 42 points. The runner up position held by the Kolej Komuniti with a score of 40. This sports festival will continue in the future in which the Institute of Industrial Technology has been selected to host the festival next year.